KUALA TERENGGANU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu berjaya mematahkan cubaan menyeludup 78 ekor kambing yang bernilai kira-kira RM100,000.
Ia susulan penahanan dua lelaki yang berusia 30-an di Kampung Penarik, Setiu kira-kira jam 7.30 malam pada Rabu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata terdahulu pasukan risikan yang menjalankan perisikan di sempadan Kelantan-Terengganu telah mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.
Katanya susulan itu pasukan berkenaan telah mengekori selama satu jam sebelum penahan dilakukan yang membawa penemuan kambing tidak mempuyai sebarang dokumen dan permit pemindahan.
"Disyaki diseludup daripada negara jiran dan kambing-kambing ini diletakkan dalam guni dalam sebuah lori berbungkus.
"Semua hasil tangkapan dibawa ke Jabatan Veterinar Terengganu dan akan disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Binatang 1953. Selain itu nilai rampasan dianggarkan RM100,000," katanya.
Beliau berkata pemandu dan kelindan lori berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.
Azman berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kambing seludup berkenaan dipercayai untuk pasaran di luar Terengganu.
Jelas Azman lagi setakat tahun ini sebanyak 12 kes penyeludupan kambing telah dilakukan.
Katanya menerusi itu lebih 500 ekor kambing juga telah dirampas membabitkan nilai lebih RM1 juta.
Nur Fazlizai Ali
Thu Dec 14 2023
Kambing-kambing yang diseludup itu diletakkan dalam guni dalam sebuah lori berbungkus. - Astro AWANI
Pegawai MALBATT meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Bertauliah (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) yang dalam misi United Nations Interim Force in Lebonan (UNIFIL) meninggal dunia, pada Sabtu.
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
UAE hantar 100 tan bantuan kemanusiaan ke Brazil
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu telah menghantar pesawat bantuan pertama yang membawa 100 tan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir dan hujan lebat yang melanda Brazil baru-baru ini.
Sekurang-kurangnya 400 maut susulan hujan lebat, banjir di Afghanistan
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Gunung Ibu meletus, tujuh kampung dipindahkan
Letusan gunung berapi di pulau terpencil Indonesia, Halmahera semalam yang memuntahkan awan abu kelabu ke langit memaksa penduduk tujuh kampung dipindahkan.
[TERKINI] Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).
Beri lebih peruntukan kepada Selangor
Sany meminta agar kerajaan persekutuan memberikan lebih peruntukan kepada negeri Selangor, khususnya daerah-daerah yang sedang pesat membangun.
Percepat proses, kerja naik taraf jalan persekutuan
Kerja naik taraf yang sedang berjalan di Jalan Persekutuan dari Persimpangan Jalan Dato’ Alias ke Persimpangan Batu 9, Cheras perlu mempunyai kesinambungan bagi memastikan keselesaan berterusan dan mengurangkan kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia, sejak satu setengah tahun lepas dilihat sebagai hab semikonduktor mikrocip di rantau Asia Tenggara menerusi banyak pelaburan daripada syarikat asing utama.
78 kambing seludup dirampas
Dua lelaki yang berusia 30-an ditahan di Kampung Penarik, Setiu kira-kira jam 7.30 malam pada Rabu.
Tak sempat jual 85 ekor biri-biri, kambing seludup
Menurutnya, hasil siasatan awal, kedua-dua tahanan mengaku terlibat dengan penyeludupan biri-biri dan kambing dari Thailand.